Sunday, November 28, 2010

Seiko Sportsmatic (SOLD)





Ukuran : 36mm x 40mm(x termasuk crown)
Enjin : 7625
Casing : 8041
Cermin : Plastik, dh polish
Bezel : X dak
Rantai : Original stainless steel, dh polish, sinarnyer bersilau-silau
Tahun Kelahiran : September 1966
No. siri : 6900337
Kalis air : X pasti
Rekod servis : Rasenyer....2 bln lepas
Catatan : Tanda jenama pada dial, caseback, clasp. Muka jam cantek mcm ade mengamal petua awet muda. No siri kt caseback jam seiko sblm thn 70an mmg ade 7 angka. Bezanyer ngan jam pasca 70an, tertera 'waterproof'. Rata-rata kaki seiko bersetuju bermula thn 1970, kebanyakan model seiko hanya pakai 6 digit dan 'water resistant'.
Ulasan : Jam Seiko Sporsmatic yg dh 'tua'. Dh lebih 40 tahun usianyer. Kalo diikut generasi atuk/opah dulu, dh ramai cucu cicit. Malahan ader yg beranak pinak sampai generasi muit.....errr.....btoi ke lepas cicit sampai muit? Jam nie lebih kpd fungsi 'dressing watch'. Lebih sesuai dipakai utk aktiviti riadah ketika mlm(korang jgn pandai-pandai pikiaq yg bukan-bukan, okay?). Nk pakai time keje pon leh, pasti ramai yg terintai-intai silauannyer yg kekadang mencucuk mata dan idung. Asal mmg tarak lume. Keseluruhan mantap lagi, enjin berjalan lancar serta menepati masa. No problem tahan peluh. Tp jgn lah pkai time mandi lak.
SOLD - En. Ibrahim Maulana, Kuala Kubu Bharu

1 comment:

  1. Rolex
    Seiko watches were introduced to the market so that everybody could wear their favorite watch without having to worry about their costly prices.

    ReplyDelete